Penting ke Merancangan Keewangan dan Perlindungan Takaful Dari Awal?

 Setiap orang perlu mempunyai pelan dan matlamat tersendiri dalam merancang kewangan.



Nak merancang, mulakan dengan pelan kewangan ketika masih bujang, kemudian berpasangan, dan lama-kelamaan, pelan ini akan berkembang merangkumi seluruh ahli keluarga apabila isi rumah semakin bertambah. Tidak kira kita berada di fasa apa sekalipun, kita harus meneliti setiap aliran kewangan, termasuk membayar komitmen bulanan, bil-bil, simpanan pelaburan, simpanan peribadi dan juga simpanan kecemasan.

Tanpa pelan kewangan yang rapi, keluarga anda mungkin terdedah kepada risiko tinggi apabila perkara yang tidak diingini berlaku. Jadi, lindungilah keluarga anda seawal mungkin, ada yang kata rugi tak claim. Tapi kita tak tahu bila masa kita akan terkena musibah. Ada banyak manfaat dan kepentingan yang dapat kita peroleh melalui perancangan kewangan dan perlindungan keluarga yang betul. 



Perlindungan & Simpanan Serentak
Mempunyai simpanan bulanan adalah satu tabiat kewangan yang boleh dipupuk dalam diri ibu bapa dan juga anak-anak. Selain sebagai bekalan simpanan untuk masa depan, ia juga boleh memberi manfaat perlindungan sekiranya sesuatu berlaku kepada kita. Perlindungan dan simpanan berlaku secara serentak selagi kita kekal komited dan konsisten. 


Pada surirumah, pastikan suami anda ada buat perlindungan untuk keluarga. Sekirannya ada berlaku musibah, sebagai ibu kita yang bakal menanggung segala keperluan untuk keluarga. Jadi awal-awal perkahwinan tekankan pada suami atau bakal suami supaya ada membuat simpanan dan perlindungan takaful. 






Perisai Kepada Situasi “Malang Tidak Berbau”
Tiada siapa yang mahukan situasi buruk berlaku kepada keluarga tersayang. Namun malang sememangnya tidak berbau. Tambahan pula, kenaikan kos perubatan dan rawatan dari tahun ke tahun amat membimbangkan. Ada kata kita tawakal aja yang.... Boleh ke? Tuhan nak kita usaha juga.

Oleh yang sedemikian, kita seharusnya perlu menyediakan perisai sebagai persediaan menghadapi apa jua kemungkinan, seperti berlakunya kemalangan yang menyebabkan kematian atau hilang upaya ataupun apabila disahkan menghidap penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Pengganti Pendapatan
Pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku sekiranya musibah menimpa diri anda sehingga tidak lagi mampu mencari nafkah? Kalau suami isteri bijak, ada pelan perlindungan asas yang kukuh, ia mampu menggantikan pendapatan kita dan membantu keluarga tersayang meneruskan kehidupan tanpa terbeban. 


Saya percaya anda pasti ada matlamat dan berkehendak untuk sesuatu. Samaada anda merancang pendidikan anak, berkahwin, membeli rumah dan menunaikan haji dan umrah. Ada perlu bijak dalam merancangan keewangan. Dengan membeli insuran plus pelaburan, anda dapat menikmati pelaburan anda dan pada masa yang sama dapat berikan perlindungan diri sekirannya ada disahkan penyakit kritikal seperti lumpuh, sakit jantung, kencing manis tahap tinggi. dan berbagai lagi. 
Jika anda seorang yang bijak dalam menguruskan harta, anda pasti akan menjadi seorang yang berada dan bukannya mengemis meminta sesuatu. Dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda.  Hubungi saya 014 6377649 - Siti 

No comments:

Post a Comment