Pampasan Takaful Pesakit Kritikal

 Pelan Penyakit Kritikal




Siapa pun tak mahu jika terkena penyakit kritikal. Penyakit kritikal merupakan satu kumpulan penyakit  khusus yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang dan kos perubatan yang tinggi. Sekarang ini ada banyak penyakit yang pelik-pelik yang memerlukan rawatan pakar.
 
Terdapat  lebih daripada 39 jenis sakit kritikal yang popular di Malaysia dan tersenarai dalam kebanyakan polisi Takaful. Sakit Jantung dan Kanser adalah contoh penyakit kritikal yang diketahui umum.




Anda boleh lihat fungsi pelan ini lebih kurang sama seperti insurans nyawa yang memberikan wang pampasan dalam bentuk sekaligus. Secara amnya, pelan perlindungan penyakit kritikal memberi pampasan dalam bentuk sekaligus (lump sum) kepada anda dan keluarga sekiranya didiagnosis dengan penyakit kritikal, tanpa mengira kos rawatan di hospital.

Wang pampasan yang diterima ini boleh membantu anda dari segi kewangan agar anda boleh tempuhi proses pemulihan dan penyesuaian hidup semasa sakit sekiranya anda menghidap penyakit kritikal yang mengancam nyawa. Ini bermakna wang pampasan yang diterima ini harus diperuntukkan oleh anda sendiri sama ada untuk digunakan bagi tujuan kegunaan rawatan, ubat-ubatan dan juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti meringankan beban kewangan tanggungan anda semasa tempoh sakit. 

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan manfaat yang diterima untuk membayar kos rawatan susulan atau peralatan perubatan yang tidak dilindungi di bawah pelan perlindungan perubatan. Selain itu, anda juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan rawatan alternatif atau membayar pembiayaan untuk kelangsungan hidup keluarga anda.

Contoh Penyakit Kritikal

  • Serangan jantung
  • Kanser
  • Koma
  • Alzheimer
  • Pembedahan otak
  • Parkinson
  • Strok
  • Sakit buah pinggang 
  • Angioplasti dan rawatan pembedahan lain untuk penyakit arteri koronari utama
  • Anemia Aplasia kronik
  • Penyakit paru-paru tahap akhir
  • Kegagalan buah pinggang peringkat akhir
  • Pembedahan pintasan bagi arteri koronari
  • Tumor otak benigna
  • Buta atau hilang penglihatan
  • Penyakit neuron motor
  • Hipertensi arteri pulmonari primer
  • Kehilangan upaya diri sendiri
  • Penyakit arteri koronari lain yang serius
  • Melecur teruk
  • Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  • Meningtis bakteria
  • AIDS peringkat teruk
  • Trauma kepala utama
  • Hilang pertuturan
  • HIV akibat transfusi darah
  • Paraplegia atau kelumpuhan
  • Kegagalan hati tahap akhir
  • Hepatitis virus fulminan
  • Pekak atau hilang pendengaran
  • Kardiomiopati teruk
  • Pembedahan aorta
  • Ensefalitis
  • AIDS peringkat teruk
  • Sklerosis berbilang
  • Pembedahan injap jantung





Stop! Please jangan gadaikan segala asset rumah, tanah, simpanan untuk bayar kos perubatan. Jadilah orang yang bijak menguruskan keewangan.Kita jangan hanya pentingkan diri sendiri. Ya, kita ingin sihat. Kerapkali pasangan atau waris yang menjaga kita waktu kita sakit akan mengalami tekanan yang tinggi dalam menguruskan segala perbelanjaan dan anak-anak. Jika anda kasihan pada isteri/suami serta waris anda. Masa sakit kita sangat perlukan support dari ahli keluarga, apa salahnya kita ringankan bebanan mereka. Buatlah persediaan agar anda dapat mengurangkan tekanan keewangan serta emosi mereka untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda
Belajarlah dari kesilapan orang lain. Rugi guna duit dan asset sendiri untuk bayar kos perubatan sedangkan ada banyak kemudahan yang disediakan.
Hubungi saya 014 6377649 - Siti


No comments:

Post a Comment