Penyakit Kritikal Yang Dilindungi Oleh Insuran

 







Penyakit kritikal boleh ditakrifkan sebagai keadaan atau perubatan yang boleh mengancam nyawa seseorang. Kebanyakan, industri insurans biasanya menyediakan perlindungan asas untuk 36 penyakit kritikal. Jika ada mana-mana daripada penyakit berikut seperti yang ditakrifkan secara berasingan di bawah ini yang berlaku lebih daripada enam puluh (60) hari selepas Tarikh Polisi seperti yang ditetapkan dalam jadual atau tarikh sebarang penguatkuasaan semula manfaat-manfaat yang diperolehi di bawah. Ada juga tambahan penyakit kritikal, ini yang biasalah.
  • Serangan jantung
  • Kanser
  • Koma
  • Alzheimer
  • Pembedahan otak
  • Parkinson
  • Strok
  • Sakit buah pinggang 
  • Angioplasti dan rawatan pembedahan lain untuk penyakit arteri koronari utama
  • Anemia Aplasia kronik
  • Penyakit paru-paru tahap akhir
  • Kegagalan buah pinggang peringkat akhir
  • Pembedahan pintasan bagi arteri koronari
  • Tumor otak benigna
  • Buta atau hilang penglihatan
  • Penyakit neuron motor
  • Hipertensi arteri pulmonari primer
  • Kehilangan upaya diri sendiri
  • Penyakit arteri koronari lain yang serius
  • Melecur teruk
  • Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  • Meningtis bakteria
  • AIDS peringkat teruk
  • Trauma kepala utama
  • Hilang pertuturan
  • HIV akibat transfusi darah
  • Paraplegia atau kelumpuhan
  • Kegagalan hati tahap akhir
  • Hepatitis virus fulminan
  • Pekak atau hilang pendengaran
  • Kardiomiopati teruk
  • Pembedahan aorta
  • Ensefalitis
  • AIDS peringkat teruk
  • Sklerosis berbilang
  • Pembedahan injap jantung


Penyakit jantung (Ischaemic heart diseases) kekal sebagai punca kematian utama di Malaysia dengan 18,515 kematian atau 17.0 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan.

Ianya menjadi sebab kematian utama di Malaysia lebih dua dekad lalu yang mana telah merekodkan peningkatan daripada 11.6 peratus pada 2000 kepada 17 peratus pada 2020. Sebanyak 12,707 (68.6%) kematian disebabkan oleh penyakit jantung adalah dalam kalangan lelaki, manakala perempuan adalah 5,808 (31.4%). Penyakit ini merupakan sebab kematian utama bagi semua kumpulan etnik utama di Malaysia yang mana etnik Bumiputera (16.6%), Cina (16.0%) dan India (22.8%).

Kadar kandungan gula, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi adalah faktor risiko utama bagi penyakit kardiovaskular seperti strok dan penyakit jantung. Selain itu pneumonia (radang paru-paru) pula mencatatkan sebab kematian kedua tertinggi di negara ini dengan 11.4 peratus diikuti Cerebrovascular diseases (strok) (8.3%), kemalangan pengangkutan (3.8%) dan Malignant neoplasm of trachea, bronchus and lung (kanser paru) (2.9%).

Ok semua dah tahu punca utama kita dapat banyak penyakit adalah disebabkan kurangnya edukasi bagaimana untuk menjalankan gaya hidup yang sihat dan juga kurangnya edukasi tentang pengurusan keewangan yang menyebabkan ramai yang terbelit dengan hutang dan keruntuhan rumah tangga. Hidup yang sangat mementingkan mutu dan gaya buatkan ramai yang terbelit dengan hutang dan menyebabkan penyumbang kepada stress, depressi dan juga sakit jantung. 

Tapi bila sudah terkena sakit, terpaksa pula berhenti kerja, keewangan yang terdesak buatkan ramai yang menjadi muflis. Stop! Please jangan gadaikan segala asset rumah, tanah, simpanan untuk bayar kos perubatan. Jadilah orang yang bijak menguruskan keewangan.Kita jangan hanya pentingkan diri sendiri. Ya, kita ingin sihat. Kerapkali pasangan atau waris yang menjaga kita waktu kita sakit akan mengalami tekanan yang tinggi dalam menguruskan segala perbelanjaan dan anak-anak. Jika anda kasihan pada isteri/suami serta waris anda. Buatlah persediaan agar anda dapat mengurangkan tekanan keewangan serta emosi mereka untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda.Belajarlah dari kesilapan orang lain. Rugi guna duit dan asset sendiri untuk bayar kos perubatan sedangkan ada banyak kemudahan yang disediakan.
Hubungi saya 


No comments:

Post a Comment