Adakah penting takaful untuk perniagaan?


Adakah penting takaful untuk perniagaan. Apakah pelan takaful itu? 

Perlindungan takaful sebenarnya boleh menyelamatkan perniagaan anda kerana perniagaan anda bergantung kepada pengarah, pemegang saham dan beberapa kakitangan operasi.  

Jika ada kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kematian, hilang upaya kekal, penyakit kritikal pada orang2 yang penting dalam syarikat. Pasti akan menggugat pengurusan syarikat. Kita perlu tahu dalam syarikat sumber manusia kemahiran, kepakaran adalah asset yang paling bernilai. Kita boleh pertimbangkan: 


* Untuk melindungi risiko kewangan masa depan perniagaan. Bagi pemilik tunggal atau pengusaha perniagaan sendiri, Pelan Takaful Pembiayaan Perniagaan membantu menjelaskan hutang perniagaan. Syarikat anda mungkin akan bangkrup jika dana syarikat digunakan untuk menampung kos perubatan ahli lembaga pengarah. 


* Untuk perniagaan milik keluarga, Pelan Takaful Pembiayaan Perniagaan membantu melindungi aset keluarga yang penting. Jika keluarga ahli lembaga pengarah mengalami masalah kesihatan, segala tidak langsung akan menguggat kestabilan dalam pentadbiran.


* Bagi mereka yang berhasrat untuk mewariskan perniagaan kepada waris, Pelan Takaful Pembiayaan Perniagaan membantu mereka melepaskan diri daripada beban hutang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diduga.


Sumbangan bagi Pelan Takaful Pembiayaan Perniagaan terletak di bawah kategori perbelanjaan perniagaan, dan dengan itu boleh ditolak dari cukai. Perlindungan ini wajar diambil untuk memastikan kestabilan dan keuntungan perniagaan anda.

Banyak perniagaan kecil mendapat perlindungan berlebihan dengan membayar sumbangan Takaful untuk perlindungan daripada kerugian akibat kejadian dan kemalangan yang mungkin jarang atau tidak pernah berlaku.


Kita perlu tahu takaful untuk perniagaan itu penting.  Malah sebab paling penting bagi mendapatkan Takaful ialah untuk melindungi daripada sebarang masalah undang-undang, kena saman atau berlaku musibah banjir, kebakaran, kecurian dan salah guna kuasa di kalangan kakitangan dan lain-lain Walau apa pun, apabila anda memahami bagaimana pentingnya Takaful untuk perniagaan, anda sudah bersedia untuk menentukan jenis takaful dan jumlah perlindungan yang anda perlukan.


Semasa anda meneliti sijil Takaful untuk melindungi perniagaan anda, perkara-perkara berikut hendaklah diambil kira: Sebagai pertimbangan kepada pembayaran sumbangan, satu pihak (syarikat Takaful) berjanji untuk membayar pihak lain (orang dilindungi) jumlah wang khusus apabila berlakunya kerugian ekonomi yang dilindungi.


Dapatkan perlindungan untuk syarikat dan kakitangan syarikat anda dan keluarga. 





 

No comments:

Post a Comment