Zaman persekolahan merupakan salah satu pengalaman yang paling bermakna dalam kehidupan anak-anak anda. Biar kami membantu anda dengan memberikan peluang kepada anak-anak anda untuk menikmati saat-saat berharga ini sambil melindungi mereka sekiranya berlaku kemalangan.
AIA Student Accident Shield menawarkan perlindungan kemalangan diri yang komprehensif dengan perlindungan 24 jam di seluruh dunia. Ia melindungi anak anda dengan manfaat kematian akibat kemalangan dan hilang upaya menyeluruh dan kekal, pembayaran balik perbelanjaan perubatan, elaun tunai bagi kemasukan hospital dan elaun pendidikan sekiranya berlaku sebarang peristiwa yang tidak diduga kepada anda.
Pelan AIA Student Accident menyediakan pelajar dengan perlindungn kemalangan peribadi yang menyeluruh sehingga RM100,000. Premium RM20, RM30 sebulan
Sekiranya anak anda mengalami kehilangan nyawa akibat kemalangan dalam tempoh 365 hari dari tarikh kemalangan, jumlah amaun perlindungan akan dibayar. RM15000-RM30,000
Sekiranya anak anda mengalami kehilangan nyawa akibat kemalangan semasa di dalam Pengangkutan Awam dari tempat tinggalnya ke sekolah atau sebaliknya untuk pelajaran di sekolah dan/atau aktiviti rasmi di sekolah, jumlah amaun perlindungan seperti yang ditunjukkan di sebelah akan dibayar selain tanggung rugi bagi Kematian akibat Kemalangan (seperti yang dihuraikan di Faedah (a) di atas). RM15000-RM30,000
Sekiranya akibat kemalangan dan anak anda mengalami mana-mana satu kehilangan dalam tempoh 365 hari dari tarikh kemalangan, peratusan ke atas jumlah amaun perlindungan akan dibayar. Sila rujuk Jadual Tanggung Rugi bagi Faedah Pengudungan untuk mengetahui senarai kehilangan yang dilindungi dan peratusan yang terpakai.
No comments:
Post a Comment